Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Monday, 11 March 2013

Tips : Kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak-anak

:: Bismillahirrahmanirrahim ::


Nota kaki :-
~ Panduan untuk diri sendiri terutamanya dalam mendidik 2 syurgaku, Adam & Aris.

Redha

:: Bismillahirrahmanirrahim ::



Friday, 8 March 2013

Tips : Cinta suami isteri

:: Bismillahirrahmanirrahim ::


TQ 4 reading! (^__^)

Tuesday, 5 March 2013

Tips : Pesan untuk ayah dan ibu

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Gambar Hiasan

PESAN UNTUK AYAH & IBU

Anak mu suka berdusta; anda terlalu ketat mengongkong perbuatannya.
Anak mu tidak percaya pada diri sendiri; anda tidak memberi dorongan kepadanya.
Anak mu lemah dalam berbicara; anda jarang mengajaknya berbual.
Anak mu mencuri; anda tidak membiasakannya untuk memberi dan berkorban.
Anak mu pengecut; anda terlalu memberi pembelaan kepadanya.
Anak mu tidak menghormati orang lain; anda tidak bicara dengan kelembutan kepadanya.
Anak mu pemarah; anda tidak memberikan pujian kepadanya.
Anak mu kedekut; anda tidak menyertakannya dalam berbuat.
Anak mu suka buat jahat kepada orang lain; anda berkasar dengannya.
Anak mu lemah; anda menggunakan ancaman dalam mendidiknya.
Anak mu cemburu; anda mengabaikannya.
Anak mu mengganggumu; anda tidak mencium atau mendakapnya.
Anak mu tidak patuh kepadamu; ada terlalu banyak permintaan.
Anak mu bermasam muka; anda sentiasa sibuk.

(Dr. Thariq al Habib)

Nota Kaki :
~ Serba sikit panduan untuk diri sendiri terutamanya.
~ Anak adalah amanah yang harus dididik dengan baik.

Tips : Makanan Pencegah Kanser part 2

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Sorry uolls sebab kelmarin janji nak hapdate pasal ni tapi today baru nak hapdate kan.
Kali ni aku x nak buat panjang lebau..
Sekadar gambar saje untuk korang tau.

MAKANAN PENCEGAH KANSER part 2.
.: Anggur :.
  • Anggur mempunyai antioksidan yang kuat sebagai pencegah kanser.
  • Menghalang pengeluaran enzim yang diperlukan untuk pertumbuhan sel kanser. Ini melambatkan pertumbuhan tumor.
.: Sayuran hijau :.
Memang bagus makan sayur ni.
Salah satunye is mencegah kanser perut.
.: Cendawan Kulat :.
  • Meningkatkan sistem imuniti badan.
  • Menghalang dan menyerang sel kanser dari berganda.
  • Merangsang interferon dalam badan.
.: Kekacang :.
  • Mencegah kanser prostat.
  • Menekan pertumbuhan kanser.
.: Limau dan lemon :.
  • Merangsang sel imun pembunuh kanser.
  • Menguraikan bahan penyebab kanser.
.: Betik :.
  • Menghalang penyerapan nitrosamines (penyebab kanser) dari tanah atau makanan diproses.
Lain-lain makanan seperti soya, keledek, tomato, epal hijau, kunyit hidup, bijirin, rasberi, rumpai laut, teh hijau n teh hitam.

Nota kaki :~
Kalau boring jangan bace huraian, tengok sajo gambau. (^__*)

Monday, 4 March 2013

Tips : Makanan Pencegah Kanser

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Selamat hari Isnin semua!
Ahad kelmarin aku n asben pegi tengok progress rumah di Bandar Akademia (B.A) tu.
Sila bace sini untuk tau cerite..

Lepas da puas pusing-pusing kat B.A we'olls singgah rumah atok sedara dekat Bandar Tasik Kesuma.
Borak-borak dengan atok n wan terkeluar cite pasal makanan yang boleh mencegah kanser.
Atok Kasim suruh bace makanan yang boleh cegah kanser sebab Wan Kiah ade sakit kanser payudara.
Da kene kimo 6x da Wan Kiah aku tu.

Tu yang gigih aku cari ape makanan yang boleh cegah kanser pagi ni.
In Shaa Allah, dengan izin dan kuasaNya boleh sembuh kalau kite ambik pemakanan yang sihat di samping buat senaman 20-30 minit.

MAKANAN PENCEGAH KANSER
.: 1. Avocado :.
  • Kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi punca kanser.
  • Membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan.
  • Sumber beta carotene yang baik.
  • Berguna untuk merawat hepatitis bervirus (punca kanser hati).

.: 2. Brokoli, Kubis, Kubis Bunga :.
  • Mengandungi Indole 3 Carbinol yang melawan kanser payudara dengan menukarkan estrogen penggalak kanser menjadi estrogren penghalang kanser.
  • Mengandungi antioksidan lutein dan zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat.
  • Fitokimia Sulforaphane (produk glukoraphanin) dalam brokoli boleh mencegah kanser kolon dan rektum.

.: 3. Lobak Merak :.
  • Beta Carotene dalam lobak merah mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser kerongkong, kanser usus, kanser perut, kanser kolon, kanser pundi, kanser prostat dan kanser payudara.
  • Mengandungi Falcarinol yang mengurangkan risiko kanser.

.: 4. Cili Merah :.
  • Cili merah mempunyai sejenis bahan (Capsaicin) yang boleh meneutralkan bahan penyebab kanser (nitrosamines).

.: 5. Flax Seed :.
  • Mengandungi Lignin yang bertindak sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
  • Kaya dengan omega 3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.

.: 6. Bawang Putih :.
  • Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides). Meningkatkan sel imun untuk melawan kanser dan menguraikan bahan penyebab kanser dengan menghalang karsinogen memasuki sel. Ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. 
  • Mengurangkan risiko kanser perut dan kanser kolon.

.: 7. Limau Bali :.
  • Mengandungi mototerpenes yang menyingkirkan karsinogen dari badan.
  • Kaya dengan Vitamic C, Beta Carotene dan Asid Folic
Banyak lagi makanan yang boleh cegah kanser ni.
Akan ku hapdate sebentar lagi, tunggguuuuuuuu...!!!

Thursday, 28 February 2013

Tips : Merawat batuk

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hai u'olls!
Tengahari tadi i'olls pegi ambik ubat Aris Nuqman dekat Hospital Ampang.
Mase tengah tunggu nombor dipanggil tu i'olls ade terbace pasal merawat batuk.
Bukan ape i'olls post ni untuk kebaikan bersama, In Shaa Allah..

TIPS untuk MERAWAT BATUK 


1. Banyakkan minum air masak. Air masak ni bagus untuk kesihatan. In Shaa Allah, nanti i'olls tepek kat sini kebaikan air masak walaupun u'olls da tau kan. 


2. Berhenti merokok sebelum jantung anda terhenti. ~~Hohohoo~~



3. Salah satu kebaikan madu is boleh mencairkan kahak. Boleh juge cube teh + lemon atau jus lemon dicampur dengan sikit air bagi melegakan tekak yang gatal.

4. Pakai topeng muke bagi mengelak dari terhidu habuk, debu, asap.

Itu sajo untuk n3 kali ini.
Sekian, terima kasih. (^__^)

Tuesday, 26 February 2013

Tips : Senyum

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hai u'olls!
Lame x up blog kan..
Sememangnye blog ni sekadar mengisi masa terluang.
Bile x hapdate tu maknenye i'olls ade kewajipan hakiki ler.

Lately i'olls banyak keje kat ofis ni exp. buat surat.
Bile buat surat ni pepaham je ler mesti ade amendment.
Layan je la ayat bos even ayat tu cam kelakau kan.. Ngeh..ngehh..ngehh..

Hari ni jom kite cakap pasal S.E.N.Y.U.M.
Kenape ye kite kena  S.E.N.Y.U.M.?

Antara jawapannye :-
  • S.E.N.Y.U.M. itu adalah sedekah. [senang sangat nak buat sedekah]
  • S.E.N.Y.U.M.tu boleh mengawet mudakan muke kite [betul ke ayat aku tu?]
  • S.E.N.Y.U.M. boleh 'release' tensionnn.
  • U believe it or not S.E.N.Y.U.M. boleh turunkan tekanan darah.
  • S.E.N.Y.U.M. boleh mengurangkan kesakitan. [sakit ati terutamanye]
  • S.E.N.Y.U.M. boleh membina sebuah perhubungan.
Banyak lagi kebaikan senyum ni.
Cukup-cukup la ape yang da dikongsikan.
Jangan banyak ketawa, nanti banyak menangis.
Jangan banyak senyum sengsorang, nanti kena check-in Tanjung Rambutan or Tampoi plak!
(^__^)

Tuesday, 19 February 2013

Tips : Kalsium

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

.: Klinik Dr. Dahlia @ 4th Floor MATRADE .:

Kelmarin i'olls pegi Klinik Dr. Dahlia kat ofis ni.
Sebab lately rambut i'olls berguguran jatuh ke bumi.
Dekat lantai rumah tu boleh nampak rambut sesaje.

So Dokto Su bagitau yang i'olls ni kekurangan kalsium.
I'olls ni memang x minum susu putih semata. [nak minum yang sedap je ko kan]
Selain susu, kalsium jugak terdapat pada kekacang, jus oren, tiram,.... [sila sambung]

I'olls cakap kalau makanan ni i'olls x berapa konsisten nak makan.
Dokto Su pun suggest kalsium dalam bentuk pil.

.: Obical a.k.a pil untuk Kalsium :.

Obical ni i'olls kena makan konsisten 2 biji sehari.
I'olls kan masih fully BF Aris Nuqman.
Banyak kalsium n serat lain diberikan kepada baby.
Jadi, supplement +an tu kena ambik untuk kebaikan anak dan ibu. [bukan ayah dan ibu ye]

Share jugak la antara kepentingan kalsium ni kepada manusia :-
  • Untuk pengecutan otot
  • Membentuk tulang dan gigi yang kuat.
  • Untuk pembekuan darah
  • Penghantaran impuls saraf
  • Pengawalaturan degupan jantung
  • Keseimbangan bendalir dalam sel.
  • Amat penting untuk pertumbuhan seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi
Nota Kaki : Amalkan pemakanan dan diet yang sihat ye i'olls n u'olls! (^__^)

Friday, 15 February 2013

Tips : Mendidik Anak

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Sekadar perkongsian bersama.
Semoga ianya bermanfaat, Insya Allah.


Dari pengalaman i'olls sendiri, i'olls pernah buat petua yang ke-3 tu.
Alhamdulillah Adam jadi positif perangai dia.


Nota Kaki : Sumber dari Facebook
~ Bercakap-cakap dengan anak ketika dia sedang tidur adalah sangat berkesan kepada jiwa dan rohnya. 
~ Air lebihan wuduk misalnya air di tangan kita yang masih basah.

Tips : Tidurkan Bayi

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Dah lame da x hapdate blog ni.
Sebenarnye x de idea pun nak cite pasal ape.
Tengahari tadi borak la dengan Cik Anim sekejap.
Dia bagitau nak aktif blog ni kena hapdate at least 1 entri per day.
Bile ari-ari kite hapdate cerita barulah ramai yang bace.

Jadi di ari Jumaat yang mulia ni i'olls nak share pasal cara mudah nak tidurkan bayi.
I'olls letak gambar tapak kaki ni sebab dekat tapak kaki ni ada zon-zon tertentu di badan kite.


TIPS : CARA MUDAH TIDURKAN SI MANJA

1. Tukar lampin / pampers yang baru.
2. Lap badan bayi anda dengan tuala basah dan tukarkan dengan pakaian yang baru.
3. Urut bayi anda dengan losyen / minyak angin di bahagian belakang dan perut si manja.
4. Teruskan mengurut di bahagian betis dan tapak kaki si manja.
5. Urutan lembut pada badan, perut, betis dan tapak kaki akan membuatkan si manja rasa selesa.

Nota Kaki : Sumber dari Facebook