Monday 4 March 2013

Tips : Makanan Pencegah Kanser

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Selamat hari Isnin semua!
Ahad kelmarin aku n asben pegi tengok progress rumah di Bandar Akademia (B.A) tu.
Sila bace sini untuk tau cerite..

Lepas da puas pusing-pusing kat B.A we'olls singgah rumah atok sedara dekat Bandar Tasik Kesuma.
Borak-borak dengan atok n wan terkeluar cite pasal makanan yang boleh mencegah kanser.
Atok Kasim suruh bace makanan yang boleh cegah kanser sebab Wan Kiah ade sakit kanser payudara.
Da kene kimo 6x da Wan Kiah aku tu.

Tu yang gigih aku cari ape makanan yang boleh cegah kanser pagi ni.
In Shaa Allah, dengan izin dan kuasaNya boleh sembuh kalau kite ambik pemakanan yang sihat di samping buat senaman 20-30 minit.

MAKANAN PENCEGAH KANSER
.: 1. Avocado :.
  • Kaya dengan glutathione iaitu antioksidan terbaik untuk melawan radikal bebas dalam badan dengan menghalang usus menyerap sesetengah jenis lemak yang menjadi punca kanser.
  • Membekalkan banyak potassium (melebihi pisang) kepada badan.
  • Sumber beta carotene yang baik.
  • Berguna untuk merawat hepatitis bervirus (punca kanser hati).

.: 2. Brokoli, Kubis, Kubis Bunga :.
  • Mengandungi Indole 3 Carbinol yang melawan kanser payudara dengan menukarkan estrogen penggalak kanser menjadi estrogren penghalang kanser.
  • Mengandungi antioksidan lutein dan zeaxanthin yang boleh mengurangkan risiko kanser prostat.
  • Fitokimia Sulforaphane (produk glukoraphanin) dalam brokoli boleh mencegah kanser kolon dan rektum.

.: 3. Lobak Merak :.
  • Beta Carotene dalam lobak merah mengurangkan risiko pelbagai kanser seperti kanser paru-paru, kanser mulut, kanser kerongkong, kanser usus, kanser perut, kanser kolon, kanser pundi, kanser prostat dan kanser payudara.
  • Mengandungi Falcarinol yang mengurangkan risiko kanser.

.: 4. Cili Merah :.
  • Cili merah mempunyai sejenis bahan (Capsaicin) yang boleh meneutralkan bahan penyebab kanser (nitrosamines).

.: 5. Flax Seed :.
  • Mengandungi Lignin yang bertindak sebagai antioksidan dengan menghalang sel berubah menjadi sel kanser.
  • Kaya dengan omega 3 yang membantu mencegah kanser kolon dan sakit jantung.

.: 6. Bawang Putih :.
  • Mengandungi sebatian allium penggalak imun (dialyl sulfides). Meningkatkan sel imun untuk melawan kanser dan menguraikan bahan penyebab kanser dengan menghalang karsinogen memasuki sel. Ini menyebabkan pertumbuhan tumor menjadi perlahan. 
  • Mengurangkan risiko kanser perut dan kanser kolon.

.: 7. Limau Bali :.
  • Mengandungi mototerpenes yang menyingkirkan karsinogen dari badan.
  • Kaya dengan Vitamic C, Beta Carotene dan Asid Folic
Banyak lagi makanan yang boleh cegah kanser ni.
Akan ku hapdate sebentar lagi, tunggguuuuuuuu...!!!

0 r.e.s.p.o.n:

Post a Comment

Terbaikkk la komen u'olls! (^_^)