Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Friday, 11 January 2013

Review : Pam Susu Autumnz

:: Bismillahirrahmanirrahim ::


Jumpe lagi u'olls dalam 2nd entry ari ni.
Sejak-sejak jadi ibu ni kan haruslah ade benda ni.
Aku gune pam susu Autumnz ni pun baru lagi, sejak anak kedua ni.
Mase anak sulong aku x de pam susu.

Pam susu Autumnz ni aku beli pakej RM499 kalau x silap la dekat One Baby World.
Nak tau pakej dia bagi sila tengok kat web site dia.
So far aku gune pam ni aku puas ati.

Pam ni ade dua button which is T1/T2.
T1 tu untuk slow suction untuk merangsang susu keluar.
Bile susu dah kluar boleh tekan button + untuk up suction. [suction lagi kuat]

Button T2 pulak untuk suction yang memang kuat.
Aku selalu pakai T1 je n susu aku perah sekarang boleh dapat 5oz.


T1 tu warna kuning ye button dia, T2 warna merah. [x gune T2 sbb tu x snap pix]
For info, penghasilan susu banyak atau sikit bukan bergantung pada jenis pam ye u'olls.
X semestinye pam mahal boleh dapat banyak susu n sebaliknye.
Malah bergantung pada banyak mana kita minum air exp. air masak. 

Aku pam pun dekat ofis je which is aku pam 3jam sekali.
Pukul 9 am - 12 pm - 3 pm, so dapat la 3 botol waktu bekerja aku pam.
Mase pam susu minda kene relax, kalau serabut susu x nak klua ok.

Bace doa ni mase pam susu n mase menyusukan anak. [jangan lupe bace Bismillah] :-

"Ya Allah, Engkau permudahkanlah urusan kehidupanku dan urusanku untuk menyusukan zuriatku sepertimana yang Engkau syariatkan. Titipkanlah rahmatMu dan berkatMu ke dalam air susuku agar ia bertambah dari hari ke hari dan membuatkan zuriatku kenyang"

Foot Note : Semoga aku dapat menyusukan zuriatku sehingga 2 tahun, Aamiinn

Thursday, 20 December 2012

Review : Clear Solution by Simply CT

:: Bismillahirrahmanirrahim ::


Haa..! Ari ni aku nak buat preview pasal produk untuk cantikkan kulit iaitu..
      ..... SimplySiti ~~Rahsiaku kini milikmu~~.....
Aku pakai Clear Solution ni baru tahun ni rasenye hampir stahun da la..
Dulu kulit muka aku ada jerawat.. Macam-macam produk aku try untuk hilangkan jerawat n kesan jerawat tu tapi x seswai ye..
Then saje la aku try Clear Solution ni.. Alhamdulillah sekarang kulit i x berjerawat lagi..
Clear Solution Simply CT ni khusus untuk kulit berminyak dan berjerawat macam haku..


No. 1 - Acne Gel
- Acne Gel ni untuk kecutkan jerawat.. Bile nampak jerawat nak jadi cepat-cepatan sapukan gel ni.. 
- Setakat ni aku pakai berkesan dekat kulit aku.. Memang jerawat x berani nak timbul bile pakai gel ni..
- Gel ni pakai bile ade jerawat sajo.. X perlu gune setiap waktu, setiap ari..

No. 2 - Charcoal Cleanser
- Aku suke sangat dengan cleanser ni sebab masa aku pakai muke aku ade jerawat sket-sket.. Pakai pencuci ni dalam seminggu la lebih kurang jerawat da x de..
- Bau dia memang sedap, wangi bau buah-buahan ada, bau bunga-bunga cinta pun ade..
- Aku pakai cleanser ni 2x sehari sajo..

No. 3 - Clear Solution HD Simplyfy BB Cream
- Aku pakai yang Light Beige..
- BB Cream ni menyerap minyak dekat muka.. Bila pakai BB Cream ni muke kite x berminyak, rasa macam korang x pakai krim la kat muke tu..
- Harga dia dalam RM30 lebih..

No. 4 - Clear Solution Ice Toner
- Toner ni pun bau dia sedap.. Wangi je.. Bile pakai rasa sejuk je kulit muke u'olls!
- Toner ni biase la untuk hilangkan kotoran degil yang x nak hilang walaupun kite dah sental muke kite dengan pencucui muke kan..

So far aku memang berpuas ati dengan Clear Solution Simply CT ni..
Kulit aku sangat seronok bile aku sental produk ni kat muke..
Harga untuk produk ni mampu dimiliki oleh sesiapa sajo..
Kata-kata terakhir, aku akan mengekalkan penggunaan produk ni untuk mencegah jerawat n mengawal minyak masak dekat kulit muke aku ni..

Friday, 2 March 2012

Review : Madu Lebah Asli

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Alhamdulillah, hari ni da hari Jumaat (Penghulu segala hari)..
Kali ni aku nak sharing pasal khasiat madu lebah ye bukan madu manusia.. Heee..
My Chinta Ati beli madu sebab nak bagi My Chomel makan..
Pastu aku batuk terok, aku la makan madu tu paling banyak sekali dari My Chomel.. Ki..ki..ki..

Madu tualang origninal @ Masjid Wilayah, Jln Duta

KHASIAT :-
  • Bahan minuman untuk kesihatan.
  • Dapat menyembuhkan penyakit (dengan izinnya) seperti asma, lelah, batuk, batuk kering, jerawat, penyeri muka dan banyak lagi. 
  • Madu lebah dapat menambahkan stamina dan membekalkan tenaga.
  • Madu lebah dapat meningkatkan metabolisme tubuh.
  • Madu lebah mengandungi agen antioksidan yang boleh mengurangkan aktiviti yang memusnahkan sel.
  • Madu lebah dapat melancarkan peredaran darah.
  • Madu lebah dapat melancarkan sistem pencernaan.
  • Madu lebah juga digunakan sebagai mengubati luka-luka.
  • Madu lebah sesuai untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus.

PERBEZAAN MADU LEBAH ASLI vs. TIRUAN
  • Madu lebah campuran mengandungi kandungan gula sukrosa yang rendah
  • Madu lebah sintetik mengandungi kandungan HMF melebihi 80 miligram perkilogram madu
  • Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal
  • Bagi mereka yang biasa makan madu lebah asli, dengan sendirinya dapat membezakan rasa madu lebah tiruan.
UJIAN KEASLIAN MADU LEBAH

1. Semut : 
- Semut takkan dekat dengan madu lebah asli sebab madu lebah asli akan mengeluarkan gas (madu lebah asli segar). Gas dari madu lebah asli tu yang akan membuatkan semut tidak tahan pada tekanannya dan mempunyai keasidan yang agak tinggi. 


2. Peti Sejuk : Tengok pada kandungan air yang terdapat dalam madu lebah asli tu. Ada setengah produk madu lebah asli mengandungi kandungan air pada kadar 18-22%, ada setengah tu yang peratus kadar air rendah dan mempunyai kandungan mineral yang panas. Kalau kadar air tinggi madu tu akan mengeras kalau simpan lama dalam peti ais macam tu lah sebaliknya.


3. Api : Bakar ½ sudu besar madu lebah atas api lilin, tengok buih yang timbul masa mendidih madu tu. Kalau buih kecik-kecik tu madu palsu. Madu lebah asli buih dia membesar dan akan membuak bila terus dipanaskan. 


4. Sukar untuk membezakan antara madu lebah asli dan madu lebah tiruan melainkan menerusi ujian makmal.
Info dari khasiat madu lebah

Thursday, 19 January 2012

Review : Teh Herba Orang Kampung

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hai!
Ari ni aku nak story pasal teh dekat dalam gambar ni..

Tada!!! Teh Herba Orang Kampung
~ Trademark : Semuanya ok! ~

Logo Halal dari JAKIM

Paling penting produk ni made in Malaysia!

Aku start minum air teh ni semenjak berat aku dah naik tak nak turun-turun.. Haha..
Demi nak dapatkan berat ideal aku gigihkan jugak diri ni untuk minum okey!!!
Kalau ada niat yang baik, kena laksanakan.. (think +ve) 
So aku sharing sikit pasal khasiat teh herba OK + limau purut ni..

Melawaskan sembelit
>> Buang semua toksin dalam badan melalui pembuangan najis.
Menghilangkan bau badan
Limau purut ni mengandungi Asid Sitrik yang boleh memudahkan penghadaman, menghilangkan lemak, melegakan perut dan menguruskan badan.


aDLyNn !n Th3 K!tC3N

Wednesday, 18 January 2012

Review : Roti Serat Gandum Penuh

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Sekarang dah pukul 1.40 pm.. 
Lunch time..
Tengahari ni menu aku ringan sajo..
Aku makan roti serat gandum penuh ditaja oleh Gardenia..

********************************************************


********************************************************
Tapi apa yang penting aku nak sharing dekat sini ialah pasal khasiat roti gandum penuh ni..

1. Gandum sebagai sumber karbohidrat 
>> Membekalkan tenaga kepada tubuh kita..

2. Mengurangkan risiko penyakit jantung, obesiti dan kanser.


3. Mengandungi vitamin dan mineral.
>> Tiamina (B1) >> menambah selera, membantu penghadaman & menjaga kesihatan saraf.
>> Asif Folik >> mencegah kerosakan tiub neural dalam janin

4. Mengandungi zink
>> Penyembuhan kulit dan tumbesaran.

aDLyNn !n Th3 K!tC3N

Wednesday, 23 February 2011

Review : Bahaya Ajinomoto

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hari nie aku nak 'sharing' dengan u'olls pasal Monosodium glutamat (MSG) a.K.a AjiNomOto..
Kalau ade yang tak kenal sape yang dimaksudkan,

Haaaaa... Ni dia PaK aJi dari Jepun!
Tarraaaaaaaa!!!!!

Sumber : Google

Aku tak cakap orang lain la..
Aku sendirik pun masak campak aji ni gak..
Ni nak 'story' la pasal bahaye nye pak aji ni kepada kite yang menggunakannyeee..

Antara keSan / BaHayEnye aji nie :-

:- Tekanan / ketegangan otot muka
:- Sakit dada
:- Sakit kepala
:- Rasa loya
:- Denyutan jantung yang cepat
:- Kesulitan bernafas
:- Mengantuk
    [ pEsAnaN PeNajA ]
    ~ Lepas ni jangan bubuh aji lagi dalam masakan ~
    (remind untuk diri sendirik jugak).. 
    ~ Sumber ni dari sini ~
    ~ Kene la yakin dengan masakan sendirik ~

    Mai kita renung-renungkan bersama ok!
    adLynn iN tHe KitChEn