Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Wednesday, 20 February 2013

Resepi : Bubur Oat

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

.: Oat Porridge :.

RESEPI ASAL : HEART FOR LIFE PORRIDGE
SUMBER : QUAKER OATS

Bahan-Bahan:-

1 cawan / 90 gram oat
50 gram beras (dibasuh bersih)
750 ml air
1 cawan / 250 ml susu rendah lemak
1/2 cawan atau beberapa potong strawberi
1 biji buah kiwi (dihiris)
1/2 cawan anggur (dipotong 2)

Cara-cara:-
  • Masukkan beras dan air ke dalam periuk. Didihkan selama 30-40 minit hingga beras menjadi lembut.
  • Masukkan susu bile beras dah jadi lembut. Masak lagi 10 minit. 
  • Masukkan sedikit gula perang sebagai perasa.
  • Bile rase dah ok, boleh hidangkan dengan hiasan buah-buahan tadi.

Tuesday, 22 January 2013

Resepi : Pari Asam Pedas

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

.: Pari Asam Pedas :.

RESEPI : IKAN PARI MASAK ASAM PEDAS
SUMBER : DIRI SENDIRI

Bahan-Bahan:-

2 potong ikan pari - potong sedang, basuh bersih dan perap dengan asam jawa
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
1 batang serai - kisar
Sedikit halia - kisar
Sedikit kunyit hidup - kisar
3-4 sudu makan cili boh - kisar (Kalau nak warna kuah merah mak ngah, bole + cili)
Perahan air asam jawa - kisar
Daun kesum
Bendi
Garam & Gula
Air (sukatan sendiri nak kepekatan kuah macam mana)

Cara-Cara :-

  • Panaskan periuk dan masukkan minyak.
  • Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau. Untuk bahan kisar tu masukkan semua bahan yang ditulis 'kisar' ke dalam blender dan blender sampai halus.
  • Masukkan ikan pari dan kacau rata.
  • Masukkan perahan air asam jawa, air dan daun kesum. Kacau lagi.
  • Masukkan garam, gula dan bendi. Tunggu sampai bendi masak.
  • Bile rasa dah kena dengan tekak boleh la tutup api.

Resepi : Nasi Lemak

:: Bismillahirrahmanirrahim ::



Hai u'olls!
I'olls baru je masuk keje ari ni.
Kamis n Jumaat lepas i'olls demam, kelmarin bawak Aris pegi check up.
Bile lame cuti i'olls rase bahagia sangat dekat dengan anak-anak.

Ni i'olls nak story pasal aktiviti i'olls mase cuti ari tu.
Ari Sabtu i'olls buat Nasi Lemak sambal sotong.
Alhamdulillah, abis encik asben dengan Adam makan.
Tapi maaf la gambau x lawa la u'olls.

.: Nasi Lemak Sambal Sotong :.

RESEPI : NASI LEMAK
SUMBER : DIRI SENDIRI

Bahan-Bahan :-

4 cawan beras - basuh bersih & toskan
1 kotak santan
1 helai daun pandan - simpulkan 
Air secukupnya
Garam

Cara-Cara:-
  • Masukkan santan ke dalam beras kemudian baru masukkan air. (Sukatan ikut periuk nasi sendiri)
  • Masukkan garam dan daun pandan. Masak macam masak nasi biasa.


Bahan-Bahan lain :-

1 bungkus ikan bilis - goreng rangup
5 biji telur - direbus
1 batang timun 

Cara-cara :- 
  • Makan dengan nasi lemak lorhh!

Wednesday, 16 January 2013

Resepi : Sup Kentang campur Su'un

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

I'olls sambung dengan resepi kedua yang i'olls masak kelmarin.
Sambil-sambil i'olls masak ayam burma tu, i'olls buatkan sup kentang untuk Adam Nawfal.

.: Sup Kentang campur Su'un :.

RESEPI : SUP KENTANG CAMPUR SU'UN
SUMBER : DIRI SENDIRI

Bahan-Bahan :-

2 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
1 cm halia - tumbuk
3 biji kentang - potong memanjang
1 kiub pati ayam - hancurkan
1 keping dada ayam / mane-mane bahagian isi ayam - potong dadu
1 paket su'un
Garam
Air (agak-agak u'olls nak kuah banyak / sikit)

Cara-Cara :-

  • Panaskan kuali kemudian masukkan minyak. 
  • Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
  • Masukkan air dan kentang. Biarkan sampai kentang empuk.
  • Masukkan kiub pati ayam dan kacau rata.
  • Last masukkan su'un, garam dan isi ayam.
  • Bile rasa ok tutup api.

Resepi : Ayam Masak Burma

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hai u'olls!
Sihat ke idak?
I'olls kelmarin cuti, anak-anak i'olls kurang sihat.
Kelmarin aktiviti i'olls dengan asben is masak memasak n intai-intai deko gitu.
Terima kasih to encik asben sebab tolong i'olls intai-intai deko.

.: Ayam Masak Burma :.

Kelmarin i'olls mencube untuk memasak ayam masak burma.
Rasenye sedap n nak masaknye pun semudah 1,2,3.

RESEPI : AYAM MASAK BURMA
SUMBER : DAPUR TANPA SEMPADAN

Bahan-bahan :-

500 gm ayam - potong kecik, basuh bersih & toskan
3 sudu besar sos tiram - untuk perap ayam 20 minit
1/2 sudu kecil serbuk kunyit - untuk perap ayam 20 minit
1 sudu besar serbuk kari daging
1 cawan air
1 kiub pati ayam - hancurkan
15 helai daun pudina (aku x letak pun)
Tomato - belah 4
Secubit gula

Bahan kisar :-

3 tangkai cili merah - buang biji
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 batang serai
1 cm halia

Cara-Cara :-

  • Satukan bahan kisar dengan serbuk kari. Bila minyak dah panas, tumis bahan tersebut hingga naik bau.
  • Masukkan ayam, gaul rata hingga ayam kecut. 
  • Tuang air dan masak hingga mendidih.
  • Masukkan kiub pati ayam dan gula. Kacau sampai pekat
  • Last sekali masukkan tomato. Kacau rata, kalau rasa dah ok tutup api.

Monday, 14 January 2013

Resepi : Ikan Siakap Masam Manis

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hai u'olls!
Last Sunday i'olls masak Ikan Siakap Masam Manis.
Ikan tu i'olls n asben beli dekat Carrefour Ampang on Friday.
Disebabkan Sabtu tu x de air, i'olls masak la ari Ahad kelmarin.


RESEPI : IKAN SIAKAP MASAM MANIS
SUMBER : DIRI SENDIRI

Bahan-Bahan :-

1 ekor Ikan Siakap - goreng n asingkan (lumur dulu dengan garam kunyit, telur sebiji n sikit tepung         jagung).
3 ulas bawang putih - tumbuk
4 ulas bawang merah - tumbuk
Halia sikit - tumbuk
4 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
4 batang cili merah - blender (boleh juga pakai cili boh)
Garam
Sikit air (untuk empukkan lobak)
1 batang lobak merah - potong dadu
Daun sup untuk hiasan (optional)

Cara-Cara :-

  • Panaskan kuali n masukkan minyak.
  • Tumis bahan-bahan tumbuk sampai naik bau.
  • Masukkan cili merah yang dah diblender kacau sampai cili masak.
  • Masukkan lobak n air sikit. Kacau lagi.
  • Masukkan segala macam sos tu ke dalam kuali tadi n kacau.
  • Perasakan dengan sikit garam. Kacau sebati sampai puas ati.
  • Bile rasa dah ok, curahkan atas ikan yang dah digoreng tadi.
  • Hias dengan daun sup.

Thursday, 10 January 2013

Resepi : Bila Nak Buat Doyan Crepe?

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Sumber : Groupon

Ape pasaan kowang nengok gambau kat atas ni?? 
Bagi penggemar doyan macam aku ni mesti la rasa x keruan kan..
Bagi yang x gemar tu mesti cakap "what ever!" (sambil menjeling manja dengan gaya tangan saleh upin ipin)

Sebenarnye aku ni asik suruh asben beli doyan je bile pegi carefour..
Dah tu aku nak buat doyan crepe x lagi tercapai-capai lagi hajat di ati..
Tah bile la nak jadinye doyan crepe aku buat sendiri pun x tau ler..

Resepi dah ade, hasilnye blum jadik lagi..
Kalau macam tu, aku share je la resepi dulu kat sini..


DURIAN CREPE
Resepi Asal : Masam Manis 

Bahan-Bahan:-
250 g tepung gandum
3 biji telur
500 ml santan - kalau nak lemak-lemak sket
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh pandan emulco

Cara-Cara:-
  • Satukan semua bahan di atas dalam bekas dan kacau rata.
  • Masukkan dalam blender dan kisar kemudian tapis.
  • Sediakan kuli leper yang tak melekat untuk buat crepe.
  • Pastikan kuali betul-betul panas baru oleskan sikit minyak.
  • Kecilkan api dan tuang sesenduk kecil ke dalam kuali.
  • Ratakan dengan belakang senduk hingga jadi crepe / lenggangkan kuali.
  • Adunan x perlu dibalikkan. 
  • Bila permukaan atas dah kering terus angkat dan sejukkan.

Durian Filling :-
1 cawan Non Dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Cara-Cara:-
  • Pukul whipping cream dalam mixer sampai kental..
  • Pisahkan isi durian dari bijinya dan lumatkan skit.

Cara lipat :-
  • Bentangkan 1 keping crepe yang dah sejuk.
  • Letakkan whipping cream di tengah-tengah.
  • Letak isi durian atas whipping cream tadi
  • Letak whipping cream atas isi durian.
  • Lipat crepe dan simpan dalam peti sejuk.
  • Enak dimakan ketika sejuk..

Monday, 17 December 2012

Resepi : Ayam Masak Kunyit

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Sejak da balik dari bercuti ni rajin pulak jari jemari aku nak hapdate blog kan..
Kali ni nak share resepi lagi..

RESEPI : ISI AYAM MASAK KUNYIT
SUMBER : DIRI SENDIRI
Bahan-bahan :-
____________

1 mangkuk isi ayam - potong dadu, gaul dengan kunyit dan garam
5 batang cili padi - ikut kepedasan lidah memasing 
2 ulas bawang putih - tumbuk / hiris halus
4 ulas bawang merah - tumbuk / hiris halus
Halia - tumbuk / hiris halus


Cara-cara :-
_________

1. Tumis bahan-bahan tumbuk sampai berbau bukan hangit ye..
2. Masukkan isi ayam dan cili padi.
3. Kalau nak kuah isi air sket. Kalau tak nak, masak isi ayam sampai masak.

Friday, 14 December 2012

Resepi : Pengat Durian

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Malam tadi aku buat pengat durian..
Saje je buat nak makan..

RESEPI : PENGAT DURIAN
SUMBER : DIRI SENDIRI



Bahan-bahan :-
______________
Durian kene ada la kan.
1 kotak kecik santan
Gula 
Garam
Air secukupnya

** Masak santan dengan gula sampai gula hancur.
** Campur sket air dengan garam.
** Baru masukkan durian. Masak sampai pekat.



~~NOTE~~

~ Sukatan manis, masin, pekat ke cair agak-agak la ikut tekak masing-masing. Heehee..
~ Boleh makan dengan roti atau lempeng ye..

Resepi : Nasi Ayam

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hai semua!
Arini aku nak 'save' resepi Nasi Ayam yang sangat senang nak buat..
Kalau sesape first time nak buat, insya'Allah bole masak nasi ayam dengan sedap!!

RESEPI : NASI AYAM
SUMBER : MYRESEPI ~~ sory, aku lupe aku sape tuan empunya resepi.



Bahan-Bahan untuk rebus ayam :-
___________________________

1/2 ekor ayam - Potong ikut suka ati, kalau x nak potong pun tak apo..
Halia - Tumbuk
3 ulas Bawang Putih - Tumbuk
Air secukup rasa

** Bila ayam dah masak, angkat dan toskan airnya.

Bahan-bahan untuk memerap :-
_________________________

Ayam yang dah direbus
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair - aku guna cap kipas udang
2 ulas bawang putih - tumbuk
Halia - tumbuk

** Perap ayam dengan sume kicap, bahan-bahan tumbuk n biarkan 30 minit atau lama sket.
** Lepas tu boleh la goreng. 

Bahan-Bahan untuk Nasi :
____________________

4 pot beras - Basuh bersih
5 cawan stok ayam 
2 ulas bawang putih - tumbuk
Halia - tumbuk
Garam 
1/2 sudu makan minyak sapi / mentega - untuk menumis

** Masukkan stok ayam secukupnye ke dalam beras bersama garam.
** Tumis bahan tumbuk sampai naik bau. 
** Masukkan ke dalam beras tadi. Kacau-kacau sket then masak macam biasa.

Bahan-bahan untuk sup :-
____________________

Stok ayam
1 bungkus sup bunjut
4 ulas bawang merah - tumbuk
Garam

** Masukkan bawang merah tumbuk, sup bunjut dan garam ke dalam stok ayam. Masak macam biasa.

Bahan-bahan untuk sambal cili :-
__________________________

5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
1 sk cuka
Gula 
Garam
Air

** Blender semua bahan dan masak atas api sampai masak.
** Aku letak sket sos cili. 

Bahan-bahan untuk kicap :-
______________________

** Lebihan kicap perap ayam campur dengan sikit stok ayam. Kacau-kacau je.

Lain-lain :-
_________

Tomato
Timun 
Salad

~~ masa buat ni aku x beli timun n salad ~~
Sekian sajo...

Monday, 18 June 2012

Resepi : Nasi Tomato


:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Hari Sabtu lepas tekak ni teringin nak makan nasi tomato.
Alhamdulillah, Sabtu tu jugak aku buat n menjadi.
Resepi ni amek dari internet (Myresepi).
Disebabkan menjadi aku pun 'saved' la dalam blog ni.

Bahan Utama
4 cawan beras - basuh macam biasa & toskan airnya.
1 biji tomato saiz sederhana - potong dadu
3 sudu besar sos tomato
1 helai daun pandan - aritu aku x letak pon
Garam sesedap rasa bukan sesedap hati
Air - untuk masak nasi tu.

Bahan Tumis:-
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih - tumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 Bunga lawang
1 1/2 sudu besar minyak sapi

Cara-cara :-
1. Panaskan minyak sapi. Tumis kulit kayu manis dengan bunga lawang. Dah berbau wangi, masukkan bahan tumis yang lain.
2. Dah garing bahan-bahan tumis, masukkan dalam beras tadi. Gaul rata.
3. Masukkan tomato yang dipotong dadu, daun pandan, garam & sos tomato. Gaul mesra ok.
4. Masukkan air (ikut sukatan periuk nasi anda) & masaklah nasi macam biasa (guna rice cooker).

Note :-
~ Pix x de sebab nasi tu copek bona habih. Anak den be+ makan. HB den x yah koba la kan.
~ Makan dengan lauk ayam masak merah. Marvellous woo!!! 




Friday, 23 March 2012

Resepi : Goreng Sayur Lobak

:: Bismillahirrahmanirrahim::

[ Sayur Lobak Goreng ]

Lauk sampingan dengan menu ini.

Resepi : Udang Masak Lemak Cili Padi

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

[ Udang masak lemak cili padi ]

Bahan-Bahan:
:. Udang
:. Cili padi - blender
:. Bawang putih - blender
:. Kunyit hidup - blender
:. Serai
:. Santan
:. Garam


Cara-cara:
1. Masukkan bahan-bahan blender + udang ke dalam periuk + serai. Kacau sampai udang tu meresap.
2. Dah agak kering air udang tu, masukkan santan. Kacau jangan sampai pecah minyak.
3. Letak garam secukup rasa tekak masing-masing.
4. Dah ok, boleh hidang dengan nasi putih panas-panas!


Pssssstttt..!!
-> Kalau rasa letak kunyit hidup tu tak berapa nk kuning cantik, boleh tambah kunyit serbuk.
-> Bahan-bahan tu anggarkan la sendiri yerk!

Friday, 27 January 2012

Resepi : Ikan Patin Masak Lemak Tempoyak

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Ari ni nak sharing resepi ikan patin masak lemak tempoyak!!!
Yummy, yummy!!!


~Ikan ni besau tu!!! Tengok beza ikan dengan botol kat atas tu..~

Bahan-Bahan :-
Ikan patin
Bawang besar -> tumbuk
Cili padi -> tumbuk
Tempoyak
Asam keping
Air
Garam
Daun kunyit

Ikan patin masak lemak tempoyak

Cara-cara :-
1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali daun kunyit 'n' ikan.
2. Kacau rata-rata pastu masukkan daun kunyit 'n' ikan.
3. Dah cukup rasa, ikan pun dah masak bolehlah makan dengan nasi putih.

Resepi ni dari Mak Lang aku.
Silalah cube u'olls, memang terangkat dibuatnya!!!

@dLyNn !n Th3 K!tCh3N

Friday, 20 January 2012

Resepi : Tulang Ayam Masak Kicap

:: Bismillahirrahmanirrahim ::

Ari ni cuaca besshhh sangat sebab ari hujan..
Semoga ari ni ber'+' barakahNYA, Insya'Allah, Amin..

Let's we start our story today..
Before that i want to tell all of u that our dinner yesterday has been sponsored by Mak Timah a.k.a Mak Lang..
Mekacih mak lang..

Bahan-bahan yang mak lang guna memang 1,2,3..
Tulang ayam
Kicap manis
Cili kering >> blender
secubit secukup rasa.

Macam mane mak lang masak???
1. Tumis cili sampai masak.
2. Tambahkan kicap. Kacau rata-rata.
3. Dah rata masukkan tulang ayam yang dah dibersihkan tadi + secubit secukup rasa. Gaul sampai mesra.
4. Dah mesra boleh angkat dan disantap!

Tulang ayam masak kicap sponsored by Mak Lang Timah..

aDLyNn !n Th3 K!tCh3N

Tuesday, 17 January 2012

Resepi : Ketetel Masak Sambal Cili Padi

:: Bismilahhirahmanirrahim ::

Haluuuuu...!!!!!!!!!
Nak story mory sket pasal resepi yang haku masak semalam for our dinner..
Semalam masak dalam 7.30pm..
Mak Lang ada bagi ketetel ayam dekat haku..
Haku pun masak la ketetel tu buat lauk..
Nama resepi ni haku letak sesuka hati aku okey tiada dalam mana-mana pasaran..

Bahan-bahan ketetel masak sambal cili padi :-
Ketetel -> goreng dulu ye kalau tak goreng tak sedap
Cili padi -> tumbuk
Bawang putih -> tumbuk
1 labu Bawang besar -> hiris untuk tabur
Asam keping
Garam
1 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Sos tiram -> gantikan bahan perasa

Cara masak :-
1. Tumis la bahan-bahan tumbuk + hirisan bawang besar tadi.
2. Letak sos tiram. Kacau.
3. Masukkan ketetel. Gaul rata.
4. Kalau rasa nak kuah tambah air ikut suka.
5. Letak garam + asam keping.
6. Dah urmmpphhh! semuanya boleh la disantap dengan nasi putih.
Gambar akan dihapload kendian k..

aDLyNn !n Th3 K!tCh3N