:: Bismillahirrahmanirrahim ::
Fadhilat (kebaikan) wudhu' (air sembahyang) :-
1. Membasuh kedua-dua tangan dan berkumur 3x
Niat di dalam hati : "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini"
Sebab : Banyak bercakap benda-benda yang tak berfaedah.
2. Membasuh muka
Niat di dalam hati : "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini"
Sebab : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
3. Membasuh tangan kanan hingga ke siku
Niat di dalam hati : "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini"
Sebab : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .
4. Membasuh tangan kiri hingga ke siku
Niat di dalam hati : "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini"
Sebab : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri.
5. Menyapu air di kepala
Niat di dalam hati : "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Sebab : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.
6. Membasuh telinga
Niat di dalam hati : "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Sebab : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.
7. Membasuh kaki kanan hingga ke buku lali
Niat di dalam hati : "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim"
Sebab : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
8. Membasuh kaki kiri hingga ke buku lali
Niat di dalam hati : "Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Sebab : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
0 r.e.s.p.o.n:
Post a Comment
Terbaikkk la komen u'olls! (^_^)