Wednesday, 20 April 2011

Resepi : Muffin Coklat Brownie

 :: Bismillahirramanirrahim ::

Bahan-Bahan :-

:- 1 1/4 cwn coklat masakan
:- 1/2 cwn mentega
:- 1 1/4 cwn gula pasir
:- 1 sdt esen vanilla
:- 3b telur ayam
:- 3/4 cwn tepung serbaguna / tepung gandum
:- 1/4 sdt garam

Cara-Cara :-

1. Cairkan mentega & coklat masakan secara double boil. Sejukkan seketika.
2. Masukkan gula dan esen vanilla ke dalam adunan cairan mentega + coklat tadi. Kacau rata.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Kacau lagi.
4. Masukkan garam + tepung sedikit demi sedikit dan kacau sebati.
5. Masukkan adunan ke dalam cawan kertas (1/2 cwn shj) - bergantung pada u'olls punya cawan kertas la yek.
6. Bolehlah p bakar sampai masak dalam oven. Suhu ketuhar bergantung pada oven masing-masing.


Krim Putar Mentega Coklat


Bahan-Bahan :-


:- 1-2 sb susu
:- 1 sb serbuk koko - diayak
:- 6 sb mentega
:- 3/4 cwn gula icing - diayak
:- Coklat cip / coklat urai - untuk hiasan

Cara-Cara :-

1. Pukul mentega sampai lembut dan berkrim.
2. Masukkan serbuk koko & gula icing.
3. Masukkan susu.
4. Bolehlah hiaskan krim tersebut di atas kek cawan tadi.
5. Tabur la coklat cip tu n siap!

Selamat Mencuba!!!
aDLynn iN tHe KiTcHeN

0 r.e.s.p.o.n:

Post a Comment

Terbaikkk la komen u'olls! (^_^)